
Bagaimana langkah langkah dan cara bayar bil air online dengan menggunakan perbankkan internet.
Asas kehidupan utama manusia untuk hidup adalah air.
Air sangat banyak digunakan daripada pagi hinggalah ke malam hari, tidak henti henti penggunaannya.
Bayangkan kalau tidak air sehari, tentu terganggu kehidupan seharian kita.
Lebih lebih lagi jika berlaku gangguan bekalan air yang kita tidak dapat info awal terlebih dahulu.
Tidak bersedia nak simpan air dan terpaksa catu air yang anda sementara nak tunggu air ada balik.
Semua orang biasa lalui perkara ini tak kira siapa kan.
Sumber air pada masa sekarang ini kita dapat gunakan dengan baik sebab ada badan atau syarikat yang uruskan disetiap negeri.
Jadi bila dah ada orang yang urus hal air ini tentulah bukan percuma dan kena bayar kepada mereka.
Jadi kali ini kita lihat bagaimana nak bayar bil air secara online yang akan sampai ke rumah kita setiap bulan.
Nanti baca juga cara Bayaran Cukai Tanah Online Guna Jompay
Masuk Ke Internet Banking
Macam biasa step pertama kena masuk ke akaun bank onlne dulu. Semua bank dah ada online banking.
Saya biasa guna maybank2u.
Lepas dah masuk klik pada “Pay & Transfer
Pilih Jompay
Pada bahagian Payee Pay To pilih Jompay.
Pada kali ini saya nak buat bayaran melalui jompay pulak.

Masukkan Biller Code
Kemudian masukkan biller code syarikat air yang anda ingin lakukan pembayaran.
Biller code boleh lihat di bil ada dinyatakan biller code syarikat mereka.

Lepas masukkan biller code tekan enter. Popup akan muncul.

Dalam bahagian berikut isikan maklumat:
- Ref 1 – Masukkan nombor akaun bil anda. Lihat pada bil anda untuk dapatkan nombor akaun.
- Ref 2- Masukkan nombor telefon
- Pay Amount – Isikan jumlah bayaran yang anda ingin bayar
Klik tanda setuju pada Terms and Conditions kemudian tekan Pay
Request Nombor TAC
Lepas tu macam biasa step buat pembayaran yang seterusnya dapatkan nombor TAC.
Kemudian isikan 6 angka nombor tersebut.
Tekan confirm dan selesai membuat bayaran.
Muat Turun Resit Bayaran
Jangan lupa save resit pembayaran bil elektrik anda setiap bulan untuk rujukan anda.
Simpan didalam satu folder khas supaya senang nak cari balik nanti.
Jika anda tidak menggunakan jompay anda boleh juga membuat bayaran kepada PAYEE macam biasa.
Cuma dibahagian payee anda kena cari syarikat air yang anda hendak bayar di dalam list ada atau tidak.
Lihat contoh gambar dibawah untuk cari syarikat air.

Seterusnya jika anda nak cari dan lihat dimana nombor akaun di dalam bil anda boleh tekan simbol ? dia akan tunjukkan contoh bil air syarikat tersebut.

Kalau anda buat bayaran melalui jompay anda kena terus masukkan biller code sahaja terus akan keluar bayaran untuk syarikat air tersebut dan kemudian masukkan nombor akaun dan jumlah bayaran.
Jadi begitulah cara nak bayar bila air secara online, lepas ni tak perlu lagi keluar dan pergi ke kaunter.
Baca juga Cara Bayar Bil Elektrik Online dan juga Cara Bayar Loan Rumah Guna Maybank2u
Tidak ada sebarang caj atau fee jika menggunakan Jompay untuk buat bayaran bil elektrik.
Ya boleh, anda boleh bayar untuk sesiapa sahaja, yang penting anda tahu nombor akaun bil mereka.