cara cek statement public bank

Cara cek statement Public Bank yang anda boleh lakukan jika anda mempunyai akaun dengan syarikat perbankkan ini.

Bagi pengguna yang ada akaun dengan public bank anda juga boleh mendapatkan penyata bank ataupun statement bank akaun simpanan atau akaun semasa anda.

Statement bank ini anda boleh perolehi dengan mudah dengan hanya mendapatkannya melalui online internet banking yang disediakan oleh pihak public bank sendiri.

Bagi menggunakan perkhidmatan online ini anda perlulah terlebih dahhulu perlu mendaftar akaun online dengan public bank.

Selepas dah berjaya mendaftar internet banking barulah boleh menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bagi yang belum mendaftar anda boleh rujuk artikel ini untuk panduan anda mendaftar dengan public bank Cara Buat Online Banking Public Bank

Cara Dapatkan Penyata Bank Public Bank

Bagi anda yang ingin mendapatkan penyata atau statement daripada akaun bank public bank anda boleh ikuti panduan dan cara cek statement public bank di bawah ini.

  1. Untuk langkah pertama layari website online public bank di https://www.pbebank.com/
  2. Klik pada butang Login
  3. Kemudian pilih dan tekan butang PBe
  4. Masukkan User Id anda seperti mana yang telah anda daftar sebelum ini.
  5. Pastikan Personal Login Phrase anda adalah betul kemudian tandakan butang Yes
  6. Masukkan Password akaun internet banking anda kemudian tekan butang Login
  7. Selepas itu klin pada bahagian Account
  8. Disenarai sebelah kiri klik pada bahagian Statement
  9. Pilih akaun bank anda
  10. Kemudian klik pada butang Next
  11. Sistem akan paparkan senarai statement akaun bank yang anda anda sehingga kini.
  12. Pilih pada statement bulanan yang anda inginkan kemudian klik pada bahagian tersebut
  13. Secara automatik statement bank anda akan dipaparkan oleh sistem
  14. Anda boleh download dan print statement tersebut

Cara print statement public bank

Semasa anda download bank statement ini anda sebenarnya boleh terus print keluar penyata ini.

Jika menggunakan komputer atau laptop anda akan nampak simbol printer pada bahagian hujung atas kanan laptop anda.

Klik pada simbol printer tersebut dan anda boleh terus print keluar.

Pastikan anda simpan semua statement bank yang anda telah print didalam satu file supaya senang untuk anda cari nanti.

Antara kandungan maklumat yang terdapat dalam penyata bank public ini adalah:

  • Nama
  • Alamat
  • Cawangan pembukaan akaun bank
  • Nombor akaun bank
  • Jenis akaun bank
  • Tarikh statement
  • Ringkasan/summary
  • Baki Penutup / Closing Balance
  • Jumlah Debit / Total Debits
  • Bil. Debit / No. of Debits
  • Jumlah Kredit / Total Credits
  • Bil. Kredit / No. of Credits
  • Tarikh transaksi
  • Debit
  • Kredit
  • Baki duit dalam akaun

Contoh Statement Public Bank

Dibawah ini saya kongsikan bagaimana rupa atau contoh statement bank yang disediakan oleh pihak public bank.

Ianya adalah sama juga seperti kebanyakkan penyata yang disediakan oleh bank bank yang lain juga.

contoh bank statement public bank

Jadi bagi anda yang perlukan statement atau penyata daripada public bank anda boleh ikuti langkah langkah yang disharekan diatas ini.

Selain itu boleh juga baca tentang Semakan Penyata Bank Islam Online

Adakah untuk mendapatkan statement daripada Public Bank dikenakan bayaran?

Bagi pengguna Public Bank anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendapatkan statement bank anda.

Adakah perlu statement bank perlu di sahkan oleh pihak Public Bank?

Statement bank yang didownload menggunakan internet banking tidak perlu kepada pengesahan pihak bank kecuali ianya diminta oleh pihak yang ingin anda berurusan.

Related Posts