Semakan penyata bank Islam online boleh dan amat amat mudah dilakukan oleh pengguna yang mahu mendapatkannya tanpa perlu beratur.
Bagi tujuan untuk mendapatkan bank statement bank islam anda sekarang digalakkan menggunakan perkhidmatan secara online yang disediakan oleh mereka.
Pada zaman teknologi ini hampir semua bank sudah mengamalkan polisi untuk menggunakan internet banking bagi mengurangkan kesesakan di dalam kaunter bank.
Selain itu juga penggunaan online banking dapat memudahkan para pengguna untuk masuk ke dalam akaun mereka pada bila bila masa sahaja mengikut keperluan mereka.
Jadi jika anda sebagai pengguna bank Islam dan mahu menyemak penyata atau bank statement anda, anda boleh ikuti langkah langkah berikut yang saya kongsikan di sini.
Cara Dapatkan Penyata Bank Islam
Bagi kaedah atau cara mendapatkan penyata bank islam online anda pertama sekali perlulah mempunyai akaun online banking bank Islam.
Jika anda belum ada akaun, anda perlu daftar terlebih dahulu. Klik sini untuk cara nak daftar Cara Nak Buat Online Banking Bank Islam
Jika tiada internet banking bank Islam maka anda tidak boleh menggunakan kaedah secara online untuk mendapatkan penyata kewangan ataupun statement bank ini.
Untuk bank Islam sistem semak penyata ini dikenali sebagai E-statement dalam sistem online banking mereka.
Untuk buat semakan penyata bank Islam online anda boleh ikuti langkah langkah berikut:
- Layari website rasmi bank Islam online di https://www.bankislam.biz/
- Klik pada internet bakin login
- Kemudian masukkan User ID anda, pastikan ianya betul dan jangan silap
- Selepas dah masukkan USer ID kemudian klik pada butang Login
- Skrin dalam sistem akan paparkan 2 perkara iaitu Private Word dan juga Private Image
- Pastikan kedua perkara tersebut adalah betul kemudian tekan butang Yes
- Kemudian anda seterusnya perlu masukkan Password akaun internet banking Bank Islam anda.
- Kemudian tekan butang login
- Seterusnya anda akan dibawah ke halaman utama akaun anda.
- Setelah itu pada bahagian atas anda pilihn pada My Account
- Kemudian klik pada E statement
- Pilih butang download
- Pilih akaun/kad debit anda jika ada lebih daripada satu akaun.
- Tekan butang Submit
- Sistem online banking Bank Islam akan tunjukkan senarai statement atau penyata yang anda dalam akaun anda.
- Untuk download anda pilih pada statement bulanan yang anda perlukan, dan dia akan terus download kedalam phone atau laptop anda.
- Selesai dapatkan penyata bank anda secara online
Contoh Bank Statement Bank Islam
Disini saya sharekan contoh penyata atau statement bank islam yang telah saya download daripada akaun bank islam saya secara online.
Dalam statement bank Islam ini mengandungi perkara perkara berikut seperti:
- Nama
- Alamat
- Nombor akaun
- Nombor kad debit
- Cawangan akaun dibuka
- Tarikh Penyata
- Muka Surat
- Tarikh transaksi
- Kod/code
- Nombor dokumen
- Pengeluaran/Withdrawal
- Simpanan/deposit
- Baki/balance
Penyata akaun simpanan bank Islam yang telah didownload boleh lah diprint untuk kegunaan mengikut keperluan anda.
Begitulah secara ringkas bagaimana kita sebagai pengguna yang ada akaun dengan bank Islam boleh mendapatkan penyata bank hanya dengan menggunakan internet banking sahaja.
Perkara ini sangat sangat mudah dan praktikal sebab kita sebagai pengguna boleh access kepada akaun bank pada bila bila masa sahaja tanpa perlu beratur di kaunter bank.
Oleh itu jika anda bleum anda internet banking cepat cepatlah daftar supaya senang nak guna nanti lebih lebih lagi jika ada kecemasan ataupun pada hari hari cuti yang bank tutup operasi mereka.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dan beri manfaat kepada semua pembaca.
Baca juga tentang Cara Cek Statement Public Bank
Untuk dapatkan salinan akaun bank yang disahkan anda boleh hadir ke cawangan bank Islam berdekatan untuk membuat permohonan di kaunter. Biasanya bank akan bagi dalam bentuk penyata. Boleh juga download di bank Islam internet banking.
Anda boleh hubungi General line 603-2707 8000 atau Contact Centre 603 26 900 900