cara dapatkan bank statement maybank

Cara dapatkan bank statement Maybank yang boleh anda ikuti langkah demi langkah sehinggalah boleh download dan print.

Bank statement Maybank atau penyata bank adalah satu dokumen ringkas yang mengandungi maklumat berkaitan duit keluar dan masuk serta baki semasa akaun pengguna sesebuah bank.

Statement bank ini banyak kegunaannya untuk individu seperti memohon pinjaman perumahan, loan kereta, pembayaran cukai dan sebagainya.

Oleh itu amat penting penyata bank ini sebenarnya untuk kegunaan kewangan seseorang individu ataupun syarikat.

Setiap bank yang ada di Malaysia ini telah ada menyediakan perkhidmatan penyediaan penyata bank ini bag semua pelanggan mereka.

Jadi anda boleh mengambil bila bila masa sahaja statement bank sekiranya anda memerlukan.

Maybank Online Statement

Dengan adanya kemudahan online ini pengguna boleh semak penyata akaun maybank anda dan kemudian boleh download dan print untuk simpanan pengguna.

Kali ini saya nak share cara dapatkan penyata bank maybank yang anda boleh dapatkan melalui online banking di website maybank2u.

Pastikan anda sudah daftar pengguna online di maybank2u jika belum daftar boleh ikuti artikel ini untuk buat pendaftaran Cara Nak Daftar Maybank2u

Cara dapatkan bank statement maybank anda boleh ikuti langkah langkah dibawah.

  1. Langkah pertama adalah layari website maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
  2. Kemudian masukkan Username anda dan klik Login
  3. Pastikan securty pharse dan gambar adalah betul kemudian klik butang Yes untuk teruskan
  4. Masukkan Password anda kemudian klik Login
  5. Pada bahagian Account klik pada bahagian Saving Account
  6. Kemudian klik pada butang View Statement di bahagian bawah
  7. Satu popup Bar akan muncul di bahagian atas dan sistem juga akan paparkan statement terkini dalam akaun anda.
  8. Dalam popup bar tersebut anda boleh pilih statement bila yang anda nak lihat
  9. Cara download bank statement maybank, anda boleh anda boleh tekan simbol anak panah ke bawah yang ada di tepi popup bar tersebut dan download ke laptop anda.
  10. Lepas dah download barulah boleh print keluar. Cara print statement maybank adalah anda boleh tekan simbol printer yang ada dibahagian atas paparan statement tersebut

Contoh Bank Statement Maybank

Dibawah ini adalah contoh bank statement maybank yang telah diambil dalam akaun maybank2u.

Dalam statement maybank ini mengandungi antaranya ialah:

  • Nama dan alamat
  • Cawangan bank pembukaan akaun
  • Tarikh penyata
  • Nombor akaun
  • Tarikh duit masuk dan keluar
  • Butiran Urusniaga
  • Jumlah transaksi
  • Baki penyata

contoh bank statement maybank
contoh bank statement maybank

Begitulah proses atau langkah bagaimana anda boleh dapatkan statement atau penyata maybank secara online melalui maybank2u.

Dengan adanya kemudahan ini pnegguna maybank tidak perlu beratur dan pergi ke kaunter untuk dapatkan statement bank mereka.

Malahan mereka juga sebagai pengguna dapat mengambil statement bank mereka walaupun pada hari bank tutup sebab semua boleh dilakukan secara online sahaja pada bila bila masa.

Lihat juga Cara Mendapatkan Bank Statement CIMB

Bagaimana cara download bank statement Maybank?

Selepas anda pilih statement bulanan mana yang nak guna, anda boleh tekan pada simbol download untuk download statement ke laptop anda.

Cara nak print bank statement Maybank2u

Selepas anda dah download statement Maybank ke laptop anda, anda boleh terus print macam biasa terus ke printer anda.

Related Posts